Monday, July 14, 2014

[ PENGENALAN ] Siapakah Nazrah Abdul Aziz?


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat para pembaca semua! Selamat datang ke blog NazrahAbdulAziz.blogspot.com. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Memandangkan ini entri pertama saya, saya ingin memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama diberi Nazrah Abdul Aziz, boleh panggil Naz atau Nazrah. Merupakan seorang ibu kepada seorang anak, Aisyah Humaira’ Haarith.

PENDIDIKAN

Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur dalam aliran Sains & Agama. Kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mendapat Ijazah Mekatronik Engineering (Major) & Business Administration (Minor).

Selepas bergelar seorang ilmu, saya mengikuti Kursus Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) & Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAK) untuk mempelajari tentang pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu saya juga mengikuti Sijil Pengajian Al-Quran Tajwid Tatbiqi bagi memperkukuhkan ilmu tajwid agar dapat mendidik anak-anak dengan lebih baik. Saya juga mengikuti Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Training untuk mendalami ilmu berkaitan breastfeeding dan kini bergelar Breastfeeding Peer Counselor.

Selain dari itu, saya juga banyak mengikuti Seminar & Kursus berkaitan perniagaan seperti Mompreneur Success Workship, Advanced Marketing Power, Intensif Jutawan Online, Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki, Seminar Law of Universal Attraction & Neuro-Linguistik Programming dan sebagainya.

PENGALAMAN KERJA

Selepas mendapat ijazah dari UIAM, saya bekerja sebagai Software Test Engineer di Multinational Company selama 5 tahun. Lebih kurang 7 bulan selepas melahirkan anak, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi WAHM bermula tahun 2012. Bermula dari situ saya menjalankan pelbagai perniagaan online.

Saya juga terlibat dengan beberapa NGO sebagai sukarelawan seperti IKRAM, i1Legacy & Lovely Life. Selain itu, saya juga mengajar mengaji & tuisyen bahasa inggeris secara sambilan serta mengendalikan Ukhwah Playgroup untuk anak-anak di bawah umur 7 tahun.

PENGALAMAN BISNES
Pengalaman bisnes saya bermula semenjak sekolah menengah lagi di mana saya menjual kerepek di asrama sekolah. Di matrikulasi pula saya membantu ibu saya menjual avon di asrama dari bilik ke bilik. Semasa belajar di UIAM, saya melakukan pelbagai bisnes seperti menjual minuman 3 in 1, kad prepaid, servis printer & scanner serta sewa vcd.

Selepas bergelar WAHM, saya memulakan bisnes online dengan menjual barangan bayi & kanak-kanak secara dropship melalui page My Little Aisyah Shop. Kemudian saya mendapat banyak peluang dropship dan mula menjual buku (Nazrahku Book Café), makanan sunnah (Nazrahku Shop), busana muslimah (Nazrahku Collection). Pada tahun 2014 saya mula fokus pada bisnes Shaklee (Health Legacy).


MINAT, KEMAHIRAN & KEPAKARAN

Memandangkan saya terlibat dengan bisnes sejak di bangku sekolah lagi, suda tentu saya meminati bidang pernigaan. Saya mempelajari bidang Business Administration semasa di UIAM serta berpengalaman menjalankan pelbagai bisnes offline & online. Selain itu, saya juga banyak mengikuti kelas-kelas berkaitan bisnes, berkongsi ilmu berkaitan bisnes di personal FB & juga page Business Legacy.

Selepas saya bergelar seorang ibu, saya mula meminati bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya mempunyai Sijil KAAK & PAK serta mempraktiskan PAK pada anak-anak saya. Saya juga banyak berkongsi ilmu tentang PAK di personal FB & page Children & Parenting Legacy. Selain itu, saya juga pernah mengendalikan Ukhwah Playgroup.

Menjadi seorang isteri & ibu membuatkan saya berminat untuk mendalamai bidang kesihatan terutama sekali berkaitan nutrisi untuk wanita & kanak-kanak. Saya mempunyai Sijil sebagai Breastfeeding Peer Counselor dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Administration (MBfPCA). Saya berpengalaman untuk TTC (Trying To Conceive) selama setahun lebih, berpengalaman mengandung anak pertama & kini anak kedua, berpengalaman melahirkan anak & berpantang, berpengalaman menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu selama 2 tahun lebih sebagai ibu yang bekerja di pejabat & juga di rumah. Saya juga banyak berkongsi ilmu berkaitan kesihatan di FB personal & juga page Health Legacy.

Saya suka membaca pelbagai buku berkaitan:
  • ·         Pendidikan Anak-anak (pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan anak menurut Rasulullah & Islam dll.)
  • ·         Kesihatan (kehamilan, kelahiran alami, penyusuan susu ibu, pemakanan anak-anak dll.)
  • ·         Motivasi diri (pembangunan diri dll.)
  • ·         Bisnes (pemasaran, bisnes online dll.)