Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat para pembaca
semua! Selamat datang ke blog NazrahAbdulAziz.blogspot.com. Terima kasih kerana
sudi singgah di sini.
Memandangkan ini entri pertama saya, saya ingin memperkenalkan diri
terlebih dahulu. Nama diberi Nazrah Abdul Aziz, boleh panggil Naz atau Nazrah. Merupakan seorang ibu kepada seorang anak, Aisyah Humaira’ Haarith.
PENDIDIKAN
Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama
Kuala Lumpur dalam aliran Sains & Agama. Kemudian menyambung pelajaran ke
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mendapat Ijazah Mekatronik
Engineering (Major) & Business Administration (Minor).
Selepas bergelar seorang ilmu, saya mengikuti Kursus
Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) & Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAK) untuk
mempelajari tentang pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu saya juga mengikuti
Sijil Pengajian Al-Quran Tajwid Tatbiqi bagi memperkukuhkan ilmu tajwid agar
dapat mendidik anak-anak dengan lebih baik. Saya juga mengikuti Malaysian
Breastfeeding Peer Counselor Training untuk mendalami ilmu berkaitan breastfeeding
dan kini bergelar Breastfeeding Peer Counselor.
Selain dari itu, saya juga banyak mengikuti Seminar
& Kursus berkaitan perniagaan seperti Mompreneur Success Workship, Advanced
Marketing Power, Intensif Jutawan Online, Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki, Seminar
Law of Universal Attraction & Neuro-Linguistik Programming dan sebagainya.
PENGALAMAN KERJA
Selepas mendapat ijazah dari UIAM, saya bekerja
sebagai Software Test Engineer di Multinational Company selama 5 tahun. Lebih
kurang 7 bulan selepas melahirkan anak, saya mengambil keputusan untuk berhenti
kerja dan menjadi WAHM bermula tahun 2012. Bermula dari situ saya menjalankan
pelbagai perniagaan online.
Saya juga terlibat dengan beberapa NGO sebagai
sukarelawan seperti IKRAM, i1Legacy & Lovely Life. Selain itu, saya juga
mengajar mengaji & tuisyen bahasa inggeris secara sambilan serta mengendalikan
Ukhwah Playgroup untuk anak-anak di bawah umur 7 tahun.
PENGALAMAN BISNES
Pengalaman bisnes saya bermula semenjak sekolah
menengah lagi di mana saya menjual kerepek di asrama sekolah. Di matrikulasi pula
saya membantu ibu saya menjual avon di asrama dari bilik ke bilik. Semasa
belajar di UIAM, saya melakukan pelbagai bisnes seperti menjual minuman 3 in 1,
kad prepaid, servis printer & scanner serta sewa vcd.
Selepas bergelar WAHM, saya memulakan bisnes
online dengan menjual barangan bayi & kanak-kanak secara dropship melalui
page My Little Aisyah Shop. Kemudian saya mendapat banyak peluang dropship dan mula
menjual buku (Nazrahku Book Café), makanan sunnah (Nazrahku Shop), busana
muslimah (Nazrahku Collection). Pada tahun 2014 saya mula fokus pada bisnes
Shaklee (Health Legacy).
MINAT, KEMAHIRAN & KEPAKARAN
Memandangkan saya terlibat dengan bisnes sejak
di bangku sekolah lagi, suda tentu saya meminati bidang pernigaan. Saya mempelajari
bidang Business Administration semasa di UIAM serta berpengalaman menjalankan
pelbagai bisnes offline & online. Selain itu, saya juga banyak mengikuti
kelas-kelas berkaitan bisnes, berkongsi ilmu berkaitan bisnes di personal FB
& juga page Business Legacy.
Selepas saya bergelar seorang ibu, saya mula
meminati bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya mempunyai Sijil KAAK &
PAK serta mempraktiskan PAK pada anak-anak saya. Saya juga banyak berkongsi
ilmu tentang PAK di personal FB & page Children & Parenting Legacy.
Selain itu, saya juga pernah mengendalikan Ukhwah Playgroup.
Menjadi seorang isteri & ibu membuatkan
saya berminat untuk mendalamai bidang kesihatan terutama sekali berkaitan
nutrisi untuk wanita & kanak-kanak. Saya mempunyai Sijil sebagai
Breastfeeding Peer Counselor dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
Administration (MBfPCA). Saya berpengalaman untuk TTC (Trying To Conceive)
selama setahun lebih, berpengalaman mengandung anak pertama & kini anak
kedua, berpengalaman melahirkan anak & berpantang, berpengalaman menyusukan
anak sepenuhnya dengan susu ibu selama 2 tahun lebih sebagai ibu yang bekerja
di pejabat & juga di rumah. Saya juga banyak berkongsi ilmu berkaitan
kesihatan di FB personal & juga page Health Legacy.
Saya suka membaca pelbagai buku berkaitan:
- · Pendidikan Anak-anak (pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan anak menurut Rasulullah & Islam dll.)
- · Kesihatan (kehamilan, kelahiran alami, penyusuan susu ibu, pemakanan anak-anak dll.)
- · Motivasi diri (pembangunan diri dll.)
- · Bisnes (pemasaran, bisnes online dll.)